RED DEVILS lakar kemenangan 3-0 ke atas Saint-Etienne.
RED DEVILS lakar kemenangan 3-0 ke atas Saint-Etienne.
AFP

Manchester, United Kingdom: Pengurus Manchester United Jose Mourinho mendakwa pemainnya tidak menunjukkan tahap kekuatan mental yang tepat walaupun menang 3-0 ke atas Saint-Etienne pada saingan Liga Europa awal pagi semalam.

Hatrik Zlatan Ibrahimovic membolehkan United melakar kemenangan bergaya pada perlawanan pertama kelompok 32 pasukan terakhir di Old Trafford tetapi jumlah jaringan itu langsung tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Saint-Etienne menamatkan babak pertama dengan baik dan pemain gantian Nolan Roux terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan, dua minit sebelum Ibrahimovic meledak gol kedua United pada minit ke-75.

Mourinho melabel aksi babak pertama United sebagai menyedihkan dan ketika ditanya mengapa, beliau berkata ia disebabkan anak buahnya gagal menumpukan perhatian terhadap perlawanan.

“Saya mengesan perkara itu ketika di bilik persalinan: terlalu bising, pemain membuat lawak dan terlalu tenang,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 9:29 AM