IBRAHIMOVIC (dua dari kanan) jaring gol kemenangan United.
IBRAHIMOVIC (dua dari kanan) jaring gol kemenangan United.
AFP

Blackburn, England: Jose Mourinho enggan berbincang mengenai kemungkinan berdepan kelab lamanya Chelsea pada suku akhir Piala FA Inggeris selepas Manchester United melepasi pusingan kelima dengan kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers.

Gandingan dua pemain gantian Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic memberikan impak apabila Ibrahimovic kemudiannya menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua, sekali gus membolehkan United kekal dalam empat pertandingan.

Kini United perlu berkunjung ke Stamford Bridge yang mana mereka tidak pernah menang di sana sejak 2012 biarpun Mourinho lebih senang menggunakan taktiknya iaitu perang psikologi apabila membincangkan mengenai perlawanan itu dengan gelaran liga dilihat memihak Chelsea.

“Saya tidak mempunyai sebarang reaksi,” kata Mourinho mengenai perlawanan itu.

“Saya perlu menentang Saint-Etienne, saya perlu berdepan perlawanan akhir, saya berharap perlu bermain satu lagi perlawanan Liga Europa dan bersaing merebut empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:32 AM