Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Tenaga Nasional Bhd (TNB) memulihkan segera bekalan elektrik sepenuhnya di kawasan terjejas akibat banjir luar biasa khususnya Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehingga kini lebih 60 peratus kawasan terbabit sudah dipulihkan manakala di Terengganu 90 peratus bekalan elektrik kembali seperti sedia kala.

"Pengalaman ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk TNB supaya menyediakan sumber-sumber bekalan seperti penjanakuasa elektrik bergerak yang cukup dengan lebih awal di lokasi yang dijangka terjejas supaya mangsa-mangsa tidak kegelapan," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat berkaitan bekalan tenaga elektrik di kawasan banjir di seluruh negara di ibu pejabat TNB di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 6:39 PM