Oleh Nurul Huda Kosnon

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama 70 Rejimen Pakar Bekalan Elektrik, Rejimen Askar Jurutera Diraja dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar bekalan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

TNB dalam satu kenyataan dikeluarkan, berkata bantuan kemanusiaan seberat 12,000 kilogram (kg) itu diterbangkan dari Pangkalan Udara TUDM di Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan hari ini.

"Bantuan adalah berbentuk makanan dan bukan makanan amat diperlukan mangsa banjir terutama di Kelantan.

"Bekalan makanan itu termasuk sardin dalam tin, biskut, air meniral, beras, Milo dan lain-lain," kata kenyataan itu.

Satu upacara simbolik penyerahan bekalan bantuan kemanusiaan itu diadakan di Dataran TNB, Bangsar.

Majlis penyerahan di lakukan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dan Naib Presiden Sumber Manusia TNB, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman.

Selain Kelantan, TNB turut menghulur bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu Dan Pahang.dan akan juga melakukan yang sama untuk mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 4:04 PM