MANIAM (kiri) pada sesi latihan pasukan di padang SUK, kelmarin.
MANIAM (kiri) pada sesi latihan pasukan di padang SUK, kelmarin.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Pengendali Selangor P Maniam mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang mudah keupayaan PKNS FC biarpun musuh setempat itu tewas dalam dua aksi Liga Super sebelum ini.

Beliau berkata, dengan barisan pemain yang dimiliki oleh PKNS, masih terlalu awal untuk mengetepikan cabaran kelab itu musim ini.

“Memang PKNS kalah dalam dua perlawanan awal tapi itu tidak memberi jaminan kita juga akan menang. Mereka salah satu pasukan pilihan, mereka juga memiliki ramai pemain yang bagus, bukan mudah untuk menang dengan PKNS.

“Saya mahu pemain saya kekal fokus dan memberikan persembahan lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro semalam sebagai mengulas mengenai pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam bagi aksi liga Sabtu ini.

Biarpun dihimpit masalah kewangan dalam mempersiapkan pasukan, skuad Red Giants merekod keputusan lebih baik dengan kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang dan seri 1-1 menentang Melaka United.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 5:54 AM