NOOR Shuhada mengajar murid tahun dua masyarakat Rohingya di REC.
NOOR Shuhada mengajar murid tahun dua masyarakat Rohingya di REC.
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Sikap kasar dan suka bergaduh serta masalah bahasa antara cabaran terpaksa diharungi enam guru yang juga tenaga pengajar kepada 114 murid etnik Rohingya yang belajar di Rohingya Education Centre (REC), di sini.

Di peringkat awal penubuhan sekolah berkenaan pada 2015, hampir setiap hari berlaku pergaduhan dalam kalangan murid dan mereka menggunakan senjata seperti paku, batang besi, pisau dan kayu.

Guru Besar REC, Amran Taib berkata, sikap dan tingkah laku murid Rohingya berbeza dengan masyarakat negara ini, jadi ia memerlukan kesabaran mendidik mereka.

Menurutnya, jika tenaga pengajar tidak bijak mengawal keadaan, pasti tugas mengajar kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun menimbulkan masalah.

“Sikap kasar dan suka bergaduh kanak-kanak Rohingya dipengaruhi faktor sekeliling ketika di negara asal kerana mereka perlu berani melawan tentera kerajaan yang melakukan kekejaman kepada mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 6:45 AM