Beberapa pelajar berada di luar kelas mereka yang masih dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) walaupun sekolah dibuka semula hari ini. Kira-kira 50 orang mangsa banjir daripada 15 keluarga masih tinggal di PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Gafar di Pasir Tumbuh, Kota Bharu pagi tadi. FOTO SYAMSI SUHAIMI.

Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kelantan setakat 9 pagi ini berkurangan kepada 6,293 orang berbanding 7,217 orang tengah malam tadi.

Jumlah itu membabitkan 1,907 keluarga yang ditempatkan di 42 PPS di Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai dan Bachok.

Daerah Kota Bharu yang menempat jumlah mangsa tertinggi sejak Jumaat, semakin menurun dengan jumlah semasa adalah 1,763 orang daripada 541 keluarga.

Sementara, jumlah mangsa tertinggi masih di Pasir Puteh dengan 2,546 mangsa di 10 PPS.

Portal eBanjir Kelantan turut merekodkan bacaan air sungai yang masih melepasi paras bahaya, namun menunjukkan trend menurun iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan 9.95 meter.

Manakala, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan 15.89 meter iaitu paras amaran.

Sebanyak 30 sekolah yang ditutup semalam akibat terjejas banjir, dibuka semula pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 10:09 AM