ASAP kelihatan dari kem pelarian di in Rann. FOTO AP/MSF
ASAP kelihatan dari kem pelarian di in Rann. FOTO AP/MSF
Agensi

Maiduguri: Pesawat tentera udara Nigeria tersilap mengebom kem pelarian, menyebabkan sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dan 120 lagi cedera.

Jurucakap kumpulan kebajikan perubatan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata demikian selepas tentera Nigeria mengaku kesilapannya kerana menyangka pelarian itu militan Boko Haram.

MSF berkata, serangan berlaku di Rann di negeri Borno yang menjadi pusat kegiatan Boko Haram sejak tujuh tahun lalu.

Komander tentera wilayah, Jeneral Lucky Irabor berkata, adalah terlalu awal untuk menentukan punca kejadian.

Bercakap kepada wartawan, Irabor berkata, sejumlah orang awam terbunuh dan ada pekerja kemanusiaan daripada MSF dan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) cedera.

“Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh dan 120 cedera. Pasukan perubabatan kami di kawasan berkenaan membantu merawat mangsa yang cedera,” kata jurucajap MSF, Tim Shenk.

Seorang jurucakap ICRC pula memberitahu, enam anggota Palang Merah Nigeria antara yang terbunuh dan 13 lagi cedera.

Kumpulan Boko Haram membunuh lebih 15,000 orang dan memaksa dua juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing sejak kebangkitan mereka pada 2010.

Jurucakap Presiden Muhammad Buhari, Femi Adesina berkata, pemimpin itu kesal dengan apa yang berlaku dan berikrar membantu kerajaan negeri menanganinya.

Serangan udara itu adalah sebahagian daripada operasi tentera Nigeria sejak beberapa minggu lalu untuk menawan kawasan yang dikuasai Boko Haram.

Pejabat presiden juga berkata, serangan itu berlaku ketika fasa akhir kerja menghapuskan Boko Haram di laut negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 3:11 PM