TEKNOLOGI ‘Wearable Telepresence’ ini masih dalam fasa kajian dan pembangunan apabila ia bakal diperkenalkan dalam tempoh jangka panjang.
TEKNOLOGI ‘Wearable Telepresence’ ini masih dalam fasa kajian dan pembangunan apabila ia bakal diperkenalkan dalam tempoh jangka panjang.
TEKNOLOGI Tabletop Tele-presence (TTT) ini akan membolehkan perkongsian dokumen dikendalikan di atas meja tanpa memerlukan kertas dan skrin komputer.
TEKNOLOGI Tabletop Tele-presence (TTT) ini akan membolehkan perkongsian dokumen dikendalikan di atas meja tanpa memerlukan kertas dan skrin komputer.
UNTUK memastikan kelancaran penggunaan teknologi ‘Wearable Telepresence’ ini, ia lebih sesuai digunakan bersama beg yang dilengkapi aksesori untuk memegang telefon pintar sekali gus memudahkan tele persidangan diadakan.
UNTUK memastikan kelancaran penggunaan teknologi ‘Wearable Telepresence’ ini, ia lebih sesuai digunakan bersama beg yang dilengkapi aksesori untuk memegang telefon pintar sekali gus memudahkan tele persidangan diadakan.
PERANTI teknologi ‘Wearable Telepresence’ ini terdiri daripada gimbal penstabilan tiga paksi dipacu moto yang memegang telefon pintar bagi suapan video dan audio serta hubungan kepada Internet.
PERANTI teknologi ‘Wearable Telepresence’ ini terdiri daripada gimbal penstabilan tiga paksi dipacu moto yang memegang telefon pintar bagi suapan video dan audio serta hubungan kepada Internet.
MEMILIKI keupayaan mengenal pasti dokumen di atas meja meskipun dalam keadaan bersepah melalui penggunaan kamera 4K yang diletakkan di atas kepala individu apabila ia memberi imej yang jelas dan terang.
MEMILIKI keupayaan mengenal pasti dokumen di atas meja meskipun dalam keadaan bersepah melalui penggunaan kamera 4K yang diletakkan di atas kepala individu apabila ia memberi imej yang jelas dan terang.
Sofyan Rizal Ishak


Fuji Xerox Co Ltd (Fuji Xerox) melalui FX Palo Alto Laboratory, Inc (FXPAL) sentiasa komited dalam menghasil dan memperkenalkan pelbagai teknologi baru yang dapat meningkatkan kefahaman antara manusia melalui komunikasi lebih baik.

Perkara ini boleh dilihat apabila syarikat perkhidmatan dokumen dan komunikasi global dari Jepun yang ditubuhkan pada 1962 itu bermula sebagai syarikat dokumen dengan matlamat mempromosikan kerja pejabat secara lebih cekap serta efisien.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FXPAL Yasuaki Onishi berkata, Fuji Xerox terus melaksanakan evolusi dalam komunikasi apabila hala tuju perniagaannya berubah kepada perkhidmatan dokumen dan komunikasi yang memberi penyelesaian kepada isu pengurusan pelanggan serta menyokong aktiviti kewujudan nilai pelanggan.

“Kami akan memasuki fasa horizon baru dengan menyokong transformasi digital kepada ekosistem baru selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi yang sentiasa berubah dan bergerak pantas.” katanya pada IT@metro, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat memperkenalkan pelbagai teknologi seperti pencetak Xerography, Inkjet dan perisian bagi menghasilkan dokumen lebih baik seterusnya meluaskan fungsi melalui teknologi pengimejan digital untuk membolehkan penggunaan dokumen yang lebih baik.

“Kami sentiasa ingin memberi nilai kepada pelanggan dan menyokong transisi digital mereka melalui pembangunan teknologi baru yang dijangka mampu meningkatkan serta membantu perubahan kepada ekosistem baru,” katanya.

Penulis berkesempatan mencuba sendiri dua teknologi baru yang masih dalam proses kajian dan pembangunan (R&D) iaitu Wearable Telepresence Technology dan Tabletop Tele-presence (TTT) ketika mengunjungi ibu pejabat Fuji Xerox di Roppongi, Tokyo.

Mengulas mengenai TTT, Onishi berkata teknologi itu membolehkan perkongsian dokumen dikendalikan di atas meja ketika mengadakan tele persidangan tanpa memerlukan kertas dan skrin komputer.

Pada masa ini kebanyakan individu ingin bertukar dan berinteraksi dengan objek fizikal seperti kertas dokumen sebagai rakan digital masing-masing apabila permukaan meja maya dengan kamera video atau projektor adalah langkah menghubungkan dunia fizikal dan digital

Menurutnya, sistem kajian yang menggunakan kertas dokumen sudah dibangunkan sepanjang tahun namun ia berdepan masalah seperti interaksi pengguna, pemilihan kawasan yang kecil untuk mengenal pasti dan memilih muka surat dokumen terbabit.

“Untuk mengatasi masalah ini, kami menggunakan kamera 4K resolusi 4096 x 2160 yang dipasang pada robot turret (menara kecil) dengan ‘dynamic motor’ di atas meja untuk melihat dokumen yang diletak di atas meja yang bersepah.

“Jarak antara kamera dan tengah meja sudah ditentukan dan kami memiliki 300 imej titik per inci (dpi) untuk mencapai prestasi pengiktirafan ciri optikal (OCR) optimum,” katanya.

Beliau berkata, imej yang dirakamkan mungkin tidak begitu jelas dan mengalami gangguan geometri meskipun memiliki resolusi mencukupi.

“Oleh itu, kami tunjukkan beberapa kaedah untuk meningkatkan lagi pembinaan semula imej melalui pembangunan teknik rakaman ‘stop motion multi-frame’ bersama proses gabungan imej serta memperbaiki dan memulihkan pandangan hadapan yang selari dengan halaman dokumen,” katanya.

Onishi berkata, sistem tele persidangan sedia ada sudah pun dipertingkatkan sama ada dalam kualiti transmisi audio/video dan antara muka pengguna untuk dikendalikan namun perkongsian kertas dokumen atau objek lain yang diperlukan ketika persidangan adalah perkara luar biasa.

“Kamera di atas kepala akan berada dalam keadaan lebih baik untuk menangkap kertas dokumen manakala interaksi pengguna dengan mereka akan berlangsung di permukaan atas meja,” katanya.

Sementara itu, penulis amat teruja ketika mencuba teknologi Fuji Xerox dikenali Wearable Tele-Presence apabila ia membolehkan pengguna kekal berhubung ketika persidangan dalam mod mudah alih.

Onishi yang juga Naib Presiden Kanan dan Eksekutif Pengurus Besar Kumpulan Kajian dan Teknologi Fuji Xerox berkata teknologi itu adalah peranti membolehkan pengguna ‘remote’ bergerak dalam persekitaran yang dipandu manusia sambil mengekalkan kawalan pandangan mereka daripada suapan (feed) video.

“Penggunaan orang lain sebagai fasilitator tele persidangan adalah berfaedah daripada segi mobiliti yang berfungsi sebagai kemudahan navigasi dalam persekitaran dibina manusia dan interaksi sosial yang membantu untuk mewujudkan rasa sambungan antara pengguna dan panduan dengan membenarkan mereka berinteraksi, berkomunikasi serta bertindak di atas permintaan pengguna kawalan jauh,” katanya.

Beliau berkata, peranti teknologi itu terdiri daripada gimbal penstabilan tiga paksi dipacu motor yang memegang telefon pintar bagi suapan video dan audio serta hubungan kepada Internet.

“Teknologi ini boleh dikendalikan atau dipegang dengan tangan atau boleh dipasang pada beg namun perlu dipasang dengan aksesori untuk dipegang serta diletakkan pada bahu pengguna.

“Mesyuarat web akan berlangsung dalam telefon pintar untuk transmisi bunyi dan video dan kami melaksanakan aplikasi ini yang akan membiarkan pengguna ‘remote’ mengawal orientasi gimbal (sekata atau condong) dari lokasi masing-masing.

“Kualiti video akan berkurangan manakala panduan akan berjalan kerana pergerakan yang berlebihan dalam imej. Telefon pula stabil melalui gimbal bagi putaran aktif dan stabil untuk menghasilkan suapan video yang lancar,” katanya.

Onishi berkata FXPAL menjalankan beberapa ujian di muzium, taman, zoo, kedai, kampus dan persidangan membabitkan penyertaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penonton kawalan jauh (remote viewers).

“Kami akan terus fokus untuk memahami bagaimana untuk membina teknologi melalui pendekatan yang lebih mesra pengguna. Kami juga akan meningkatkan teknologi ini untuk pengalaman lebih baik bagi aspek tele presidangan bagi manfaat pada masa hadapan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 1:56 PM