Suliati Asri


Membawa pengalaman fotografi mudah alih profesional kepada pengguna, vivo Malaysia memperkenalkan siri X terbaru, X50 dan X50 Pro di Malaysia yang pasti membuatkan anda si pencinta fotografi teruja dengannya.

Dengan komitmen vivo terhadap reka bentuk dan inovasi yang mementingkan pengguna, X50 dan X50 Pro menampilkan teknologi kamera kelas profesional yang merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih.

Dengan penstabilan canggih, mod malam, ciri zoom dan teknologi potret yang terdapat pada peranti ini, siri X50 membolehkan pengguna menangkap gambar dan video secara stabil dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario sekali gus menghasilkan karya yang luar biasa.

Reka bentuk siri vivo X50 ini juga menggabungkan elemen semula jadi dan estetik futuristik bertujuan untuk melengkapkan gaya hidup aktif pengguna.

Dengan keupayaan fotografi profesional, reka bentuk anggun dan prestasi lancar, siri X50 peranti pintar yang terunggul di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata Siri X50 adalah peranti pintar fotografi profesional pertama membolehkan pengguna merakam dan berkongsi detik manis hidup mereka secara mudah. Kamera pertama guna gimbal.

"Dengan keupayaan pengimejan yang stabil, lensa dan sensor luar biasa serta sistem keseluruhan kamera yang canggih, peranti siri X50 ini membolehkan pengguna mengabadikan kisah hidup dengan kualiti penggambaran yang profesional.

"Perkembangan dan ketersediaan 5G yang akan tiba di Malaysia membolehkan lebih ramai pengguna menikmati faedah 5G iaitu kelajuan, kelestarian rendah dan keupayaan sambungan yang lebih pantas.

"Justeru, dengan siri X50, vivo berharap dapat memastikan pengalaman mudah alih generasi seterusnya mudah diakses oleh pengguna supaya mereka dapat menikmati kelebihan teknologi terkini seterusnya memberi peluang kreativiti dan produktiviti yang berlipat ganda," katanya.

# Fotografi mudah alih, diberi definisi terbaharu

Siri X50 mengintegrasikan teknologi fotografi profesional. Untuk mengurangkan gegaran, kamera utama X50 Pro dilengkapi Sistem Kamera Gimbal yang terkemuka dalam industri. Ia bukan saja membolehkan pengguna mengambil gambar dan video dengan jelas semasa bergerak tetapi juga pada waktu malam.

Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur bawaan X50 Pro bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang dan memberikan kestabilan yang meningkat untuk kamera utama.

Sistem ini juga memperluaskan sudut putaran dan kawasan anti-goncangan dibandingkan dengan kaedah penstabilan popular sekali gus menghasilkan gambar yang sangat jelas. Gimbal Radar iaitu bola animasi pada skrin yang mencerminkan pergerakan gimbal pula membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil. Manakala Algoritma motion-deblur vivo, sensor khas dan penjejakan fokus berterusan meningkatkan lagi kejelasan imej dan video.

Siri X50 ini juga terdiri daripada peranti pintar yang berpusatkan keunggulan fotografi. X50 Pro mempunyai penyediaan kamera serba guna dengan satu kamera depan 32MP dan empat kamera di belakang (48MP Utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Portrait dan 8MP 5x Teleskopik). Menariknya, lensa Teleskopik 5x yang ada pada X50 Pro ini menyokong 60x Hyper Zoom, membolehkan pengguna menghasilkan gambar menakjubkan.

Selain itu, X50 dan X50 Pro memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan dari pemandangan bandar dan desa pada waktu malam. Sementara, fungsi 120° Super Wide-Angle (108° selepas pembetulan distorsi) dan Super Macro membantu menghasilkan foto berkualiti profesional dalam pelbagai senario. Mod Potret vivo yang dikuasakan oleh algoritma penyembunyian empat lapisan, membolehkan pengguna memisahkan subjek dari latar belakang dan menerapkan kesan berasingan untuk hasil yang lebih halus.

# Prestasi dan Reka Bentuk Anggun

Sebagai tambahan kepada kemampuan fotografi profesional, siri X50 juga memberikan prestasi keseluruhan yang unggul. Siri ini menyokong penyambungan 5G, yang membolehkan pengguna tetap dalam talian dengan kelajuan pantas dan latensi rendah. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, X50 Pro memberikan kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Siri ini mempunyai kadar penyegaran skrin tinggi 90Hz, menampilkan gambar, filem dan permainan yang jelas tanpa kabur.

Mencerminkan inovasi yang didorong reka bentuk, peranti pintar siri X50 dibina dengan skrin fleksibel yang lebih langsing, ringan dan tahan lama berbanding skrin tradisional. Menariknya, X50 adalah salah satu telefon 5G paling tipis yang pernah ada. Teknologi HDR 10+ memberikan paparan yang terang dan AG Matte Glass menawarkan sentuhan lembut dan halus. Sistem Kamera Gimbal yang direka dalam bentuk mata pula berfungsi sebagai elemen reka bentuk unik di bahagian belakang X50 Pro.

Siri vivo X50 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia bermula 21 Julai melalui Live Streaming di Facebook Rasmi vivo Malaysia dan harga telah diumumkan RM2,399 untuk vivo X50 dan RM3,199 untuk vivo X50 Pro. vivo X50 tersedia dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black manakala bagi vivo X50 Pro ia ditawarkan dalam warna Alpha Grey.

#vivo TWS Earphone Neo lengkapkan Siri X50 dengan audio yang memukau

Selain X50 dan X50 Pro, vivo turut melancarkan TWS Earphone Neo. Disediakan untuk memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan pencinta muzik, TWS Earphone Neo tanpa wayar mempunyai ciri khas iaitu Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi lebih kuat dan penuh, serta bio-fiber composite diaphragm untuk meningkatkan perincian audio.

Direka dengan mengkaji kepentingan keperluan pengguna, TWS Earphone Neo juga menampilkan AI Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar yang diaktifkan suara. Lebih mengujakan, fon telinga ini juga disokong oleh platform TWS-Generasi ke-4 Qualcomm, QCC3046, yang menawarkan latensi rendah, ketepatan tinggi dan pengalaman mendengar yang stabil, serta teknologi Bluetooth 5.2 terkini dengan jarak maksimum 10m.

Ciri canggih TWS Neo dengan reka bentuk klasiknya adalah suatu realisasi pelaburan vivo dalam peranti Internet of Things. Seperti siri X50, TWS Earphone Neo memperlihatkan komitmen vivo untuk membina peranti berpusatkan reka bentuk yang meningkatkan kualiti kehidupan pengguna.

vivo TWS Earphone Neo kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM359. Pelanggan dapat membeli vivo TWS Neo Earphone di semua kedai konsep vivo, peniaga sah, rakan kerjasama dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Fon telinga ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Starry Blue dan Moonlight White seterusnya memberikan pengguna memilih mengikut gaya peribadi masing-masing.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman Facebook (https://www.facebook.com/VivoMalaysia) atau laman web rasmi vivo (https://www.vivo.com/my?utm_source=HarianMetro&utm_medium=PR&utm_term=ne...)

#vivoX50Series #GimbalCameraSystem #PhotographyRedefined

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 4:15 PM