(Dari kedua kiri) Pelakon Shout It Out, Arwen Darwisya Amri, Nurizyan dan Seelan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Media Kreatif Global, Adam Ham; Pengasas Hundred Years Popcorn Production, Ong Peng Chu; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu; Pengerusi Lembaga Penasihat PEKIDA Malaysia, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar; Pengarah Filem, Mallory Lee; Jurulatih Karate Antarabangsa Persatuan Sukan Pekak Malaysia, Vicnesvaran Varatharajoo; Pengarah Jualan vivo Malaysia, Jeremy Lin; Pengurus Jenama Kanan vivo Malaysia, Alex Tan dan Pengurus Jenama vivo Malaysia, Raymond Ng ketika pelancaran filem pendek Shout it Out, baru-baru ini. - FOTO vivo Malaysia
(Dari kedua kiri) Pelakon Shout It Out, Arwen Darwisya Amri, Nurizyan dan Seelan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Media Kreatif Global, Adam Ham; Pengasas Hundred Years Popcorn Production, Ong Peng Chu; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu; Pengerusi Lembaga Penasihat PEKIDA Malaysia, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar; Pengarah Filem, Mallory Lee; Jurulatih Karate Antarabangsa Persatuan Sukan Pekak Malaysia, Vicnesvaran Varatharajoo; Pengarah Jualan vivo Malaysia, Jeremy Lin; Pengurus Jenama Kanan vivo Malaysia, Alex Tan dan Pengurus Jenama vivo Malaysia, Raymond Ng ketika pelancaran filem pendek Shout it Out, baru-baru ini. - FOTO vivo Malaysia
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: vivo Malaysia melancarkan filem pendek bertajuk Shout it Out yang memaparkan keazaman seorang gadis kurang upaya yang mahu mencapai impiannya untuk menjadi atlet negara.

Filem berdurasi 9 minit 30 saat itu dirakam menggunakan telefon pintar perdana fotografi profesional, vivo X70 Pro yang dilengkapi teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama legenda dunia optik selama 175 tahun, ZEISS.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, siri vivo X70 Pro menggabungkan ciri pengimejan terkemuka bagi menghasilkan pengalaman fotografi intuitif yang membolehkan pengguna merakam video atau menangkap gambar yang kelihatan semula jadi.

Ia turut mempunyai lensa yang diperakui sesuai dengan selaput ZEISS T* Coating yang membantu mengurangkan pantulan dan meningkatkan penghantaran cahaya untuk mengurangkan bayangan, cahaya sesat dan artifak gambar lain yang tidak berguna, bagi menghasilkan gambar dan video yang kelihatan menakjubkan.

"Telefon pintar adalah peralatan asas untuk pengguna merakam kenangan, menjadikannya gerbang digital untuk mereka menceritakan kisah sendiri dan berkongsi ciptaan tersebut dengan dunia.

"Dengan siri vivo X70 Pro, yang diperkasa dengan kerjasama ZEISS, vivo secara aktif menutup jurang antara fotografi mudah alih dan profesional dengan menanamkan inovasi berorientasikan pengguna dengan teknologi canggih," katanya.

ImageSeluruh barisan X70 memiliki kamera hadapan 32MP; X70 Pro memiliki susunan empat kamera belakang (50MP + 12MP+ 12MP + 8MP), dan X70 pula memiliki sistem tiga kamera belakang (40MP + 12MP + 12MP).

Kedua-dua varian X70 Pro dan X70 memiliki Gimbal Kamera Ultra-Pengesanan yang ditambah dengan teknologi Penstabil Gimbal 3.0 untuk pengguna menangkap gambar atau video yang stabil apabila di dalam pergerakan dinamik.

Siri ini dilengkapi dengan teknologi Penstabil Video Ultra 5-Paksi VIS yang menggabungkan Penstabilan Imej Optik (OIS) yang dipertingkatkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk mengalihkan paksi-X/Y dengan putaran paksi-Z untuk kestabilan di setiap arah.

 Bagi melengkapkan keupayaan pengimejan kedua-dua telefon pintar ini, vivo telah menambah pelbagai ciri fotografi dan videografi berbilang-modal iaitu Real Night Time Extreme Night, Super Night Video, Pure Night View, Pro Cinematic Mode dan banyak lagi yang khas untuk pengguna memanfaatkan kebolehan dan meneroka pelbagai estetika visual baru.

Shout It Out diinspirasikan daripada kisah benar seorang wanita kurang upaya bernama Siti yang menentang segala kemungkinan dan berjuang untuk memperoleh kecekapan dalam bidang karate dan mewakili Malaysia dalam pertandingan Kejohanan Karate Antarabangsa.

Filem pendek arahan Mallory Lee ini menyerlahkan keazaman Siti, lakonan Nurizyan Hishamuddin dengan bimbingan jurulatih, lakonan Seelan Manoheran yang tidak berbelah bahagi untuk membawanya ke pentas dunia sebagai atlet negara.

Dengan kepercayaan jurulatih terhadap kebolehannya, Siti tetap bertahan melalui latihannya dan terus menghadapi cabaran hidup untuk mencapai impiannya iaitu bersaing mewakili Malaysia.

Mallory berkata, penggambaran Shout it Out merupakan pengalaman yang hebat kerana beliau dapat menangkap intipati dan emosi sebenar yang dimainkan oleh Siti yang menunjukkan perjuangan, kegembiraan, keazaman dan keberanian dalam mencapai impian tanpa mengira kesusahannya.

"Menggunakan vivo X70 Pro, saya dapat menangkap semua itu seperti yang dilihat dalam video terakhir. Saya harap rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi semasa menonton filem pendek ini kerana ia memberi inspirasi kepada saya," katanya.Filem pendek Shout it Out kini boleh didapati dan ditonton di laman Youtube Rasmi vivo Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 11:56 AM