Nasaruddin bersama pegawai polis menunjukkan senjata ditemui disembunyikan di bawah jambatan Jalan Tingkayu, Kunak. FOTO Ainul Durmahyanty Durming
Nasaruddin bersama pegawai polis menunjukkan senjata ditemui disembunyikan di bawah jambatan Jalan Tingkayu, Kunak. FOTO Ainul Durmahyanty Durming
Ainul Durmahyanty Durming


Kunak: Polis menemui 12 senapang buatan sendiri di bawah jambatan Jalan Tingkayu, dekat sini, jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Superintendan Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak atas maklumat orang awam sepasukan polis diketuai oleh beliau sendiri menjalankan pemeriksaan di bawah jambatan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan itu menemui tiga laras senapang buatan sendiri jenis bakakuk dan sembilan laras senapang angin.

"Semua senjata itu disembunyikan di bahagian bawah jambatan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua senjata yang ditemui itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak itu siasatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan termasuk mengesan pemilik senjata berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Senjata Api 1960," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 4:42 PM