Norasikin Daineh


Kunak: Dua penjenayah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Ladang Tingkayu dekat sini, 3 pagi tadi.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada dua penjenayah terbabit ada kaitan dengan tiga penculik mati ditembak di perairan Semporna, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman Twitter mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan syabas kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak susulan kejayaan menumpaskan penjenayah terbabit.

"Syabas IPD Kunak, Sabah @PDRMsia bjaya (berjaya) tumpaskan 2 penjenayah bersenjata api di Ldg (Ladang) Ulu Tingkayu Kunak, pagi tadi. #GoPDRMGo," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun dijadual mengadakan sidang media berhubung kes itu di IPD Kunak, jam 3 petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 10:32 AM