FRIEND melayangkan kad merah kepada Terry. FOTO AP
FRIEND melayangkan kad merah kepada Terry. FOTO AP
AFP

London: Pengurus Chelsea Antonio Conte menegaskan kelabnya mungkin membuat rayuan terhadap kad merah yang dilayangkan kepada John Terry sewaktu pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Peterborough United 4-1 dalam saingan Piala FA Inggeris.

Terry, yang membuat penampilan pertamanya dalam tempoh dua bulan dibuang padang pada minit ke-67 di Stamford Bridge kelmarin selepas mengasari penyerang Peterborough Lee Angol secara tidak sengaja.

Namun Conte percaya pertahanan tengah berusia 36 tahun itu yang akan tamat kontrak akhir musim ini, menerima hukuman terlalu berat dan mempersoalkan tindakan pengadil Kevin Friend.

“Saya fikir tindakan pengadil tidak betul,” ujar pengurus Chelsea itu.

“Dia tidak mengasari lawan dan sebab keduanya di belakang John ada Branislav Ivanovic yang melindungi pergerakannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 8:37 AM