JALAN Kota Bharu ke Pengkalan Kubor ditutup kepada semua kenderaan ringan berikutan limpahan air dari Sungai Golok di Kampung Belukar, Neting, Tumpat. FOTO Syamsi Suhaimi
JALAN Kota Bharu ke Pengkalan Kubor ditutup kepada semua kenderaan ringan berikutan limpahan air dari Sungai Golok di Kampung Belukar, Neting, Tumpat. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu


Kota Bharu: Bilangan mangsa banjir di Kelantan menunjukkan penurunan kepada 12,899 orang sehingga 12 tengah hari tadi berbanding 13,455 orang, 9 pagi tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan, 4,642 keluarga yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Antara daerah yang masih dilanda banjir Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.

Keadaan cuaca setakat ini dalam keadaan baik dan menyebabkan empat PPS ditutup pagi tadi.

Pasir Mas masih mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu 9,461 mangsa daripada 3,548 keluarga. Manakala, Tumpat seramai 3,265 mangsa daripada 1,053 keluarga dan Pasir Puteh, 173 mangsa daripada 41 keluarga.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih lagi mencatat paras bahaya dengan catatan 9.84 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 1:49 PM