PM menggunakan bot Amphibia untuk membawa mangsa banjir di Hulu Besut. FOTO Mohammad Ishak
PM menggunakan bot Amphibia untuk membawa mangsa banjir di Hulu Besut. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


Jertih: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meningkatkan aset dan kekuatan anggota berikutan banjir yang semakin teruk di negeri ini.

Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, langkah mengaktifkan semua aset dan logistik itu diambil berikutan hampir semua daerah di negeri ini banjir.

Katanya, seramai 1,000 anggota ditugaskan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negeri sejak awal minggu lalu.

"Kita juga akan menggunakan bot Amphibia yang boleh bergerak di darat dan atas air.

"Bot pelbagai guna itu digunakan di Besut hari ini untuk membawa tiga pesakit di Hulu Besut yang memerlukan rawatan hemodalisis di Hospital Besut.

"Pesakit terpaksa dibawa menggunakan Amphibia kerana laluan ke Hulu Besut terputus akibat banjir dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya.

Dalam pada itu, Che Adam turut memuji inisiatif Sukarelawan Kelab Belantara Besut yang menyediakan kemudahan pacuan empat roda ketika usaha membantu mangsa banjir di Kampung Pinang, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 10:14 PM