Reuters

London: F ormula Satu akan memulakan tahun baru dengan pengumuman Mercedes siapa akan menggantikan Nico Rosberg yang bersara untuk digandingkan dengan Lewis Hamilton.

Pasukan berkenaan menjelaskan sebelum musim cuti Krismas bahawa mereka tidak akan berkata apa-apa sebelum kembali bertugas sepenuhnya hari ini.

Bagaimanapun ia tidak bermakna bahawa keputusan mengenainya belum dibuat.

Menurut laman web motorsport.com, pelumba Finland Valtteri Bottas (gambar) berada di kilang Mercedes di Brackley sebelum Krismas untuk bertemu pasukan jurutera dan cuba memasuki kokpit jentera 2017.

Bottas memandu Williams yang dikuasakan enjin Mercedes sejak penampilan F1 pertamanya pada 2013 dan ketua pasukan Mercedes Toto Wolff, bekas pemegang saham Williams shareholder, juga terbabit dengan pasukan pengurusan pelumba berusia 27 tahun itu.

Pelumba Finland itu dilihat sebagai pilihan menggantikan Rosberg, yang bersara secara tiba-tiba bulan lalu, lima hari selepas menjulang gelaran pertamanya tetapi perkara lain perlu dipertimbangkan sebelum kontrak boleh dimuktamadkan.

Salah seorang daripadanya mungkin pelumba veteran Brazil Felipe Massa yang bersetuju menarik balik persaraan dan kembali ke Williams sebagai pengganti Bottas.

Claire Williams, timbalan presiden pasukan yang ditubuhkan bapanya membayangkan bulan lalu bahawa tempat di Williams akan terbuka jika Bottas meninggalkan kelab sekiranya ada pelumba berpengalaman boleh menggantikannya, seperti Massa, 35.

Pascal Wehrlein, pemandu simpanan Mercedes berusia 22 tahun mungkin dijangka menggantikan tempat Rosberg tetapi kurang berpengalaman, juga dilihat sebagai calon berpotensi.

Pelumba muda Jerman itu mewakili pasukan tercorot Manor tahun lalu hanya mencatat satu mata buat pasukan yang berdepan isu kewangan dan mempunyai masa depan kelam tetapi dijangka menyertai Sauber bersama-sama pelmba Jerman Marcus Ericsson.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 8:53 AM