Keadaan enam rumah setinggan yang musnah. - Foto Ihsan BOMBA
Keadaan enam rumah setinggan yang musnah. - Foto Ihsan BOMBA
Nurul Hidayah Bahaudin


Gombak: Enam rumah setinggan di Taman Sri Gombak, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang dan menggerakkan 18 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Balai Bomba dan Penyelamat Gombak ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati enam rumah setinggan itu sudah musnah sepenuhnya.

"Kami mengambil masa kurang 30 minit untuk mengawal kebakaran sepenuhnya," katanya.

Katanya, semua penghuni rumah setinggan berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan punca kebakaran masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2016 @ 10:59 PM