ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


TUJUH rumah setinggan di Jalan Pandan 5/6 Taman Pandan Jaya, di Ampang, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada 4.27 pagi tadi.

“Seramai 32 pegawai serta anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan, BBP Ampang, BBP Pudu dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati api marak sebelum kebakaran itu dikawal jam 4.59 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 8:42 AM