TIGA unit rumah pangsa musnah dalam kebakaran di Jalan Kunci Air malam ini. FOTO Ihsan Bomba
TIGA unit rumah pangsa musnah dalam kebakaran di Jalan Kunci Air malam ini. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Gombak: Penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Kunci Air, Kampung Simpang Tiga di sini, berdepan detik cemas apabila tiga unit kediaman terbabit dalam kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, beberapa jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Rawang, BBP Gombak Selatan dikerah ke lokasi sejurus terima panggilan jam 9.59 malam.

"Kebakaran membabitkan rumah pangsa empat tingkat kelas A berkeluasan 1.85 meter persegi (m³) x 3.71 m³.

"Kebakaran membabitkan tiga rumah di tingkat empat menyebabkan kesemua rumah berkenaan musnah 90 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan api berjaya dipadam sepenuhnya jam 10.59 malam.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 12:16 AM