ANTARA mangsa yang mengalami sesak nafas selepas rumah di Taman Samudera Teres terbakar, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba.
ANTARA mangsa yang mengalami sesak nafas selepas rumah di Taman Samudera Teres terbakar, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


Gombak: Empat individu termasuk anggota bomba sesak nafas, manakala kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri dalam kebakaran membabitkan rumah teres di Jalan SE Utama, Taman Samudera Teres, di sini, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.55 malam.

"Seramai 20 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebanyak 50 peratus rumah itu terbakar dan mengakibatkan empat individu termasuk anggota BBP Selayang sesak nafas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, seorang kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Katanya, turut dihantar ke hospital dengan ambulans adalah anggota terbabit, namun semua mangsa kini dilapor stabil.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 7:36 AM