Jamal (kanan) meneliti petrol dan diesel yang disimpan di dua rumah sambil disaksikan oleh anggota penguat kuasanya. FOTO Aizat Sharif
Jamal (kanan) meneliti petrol dan diesel yang disimpan di dua rumah sambil disaksikan oleh anggota penguat kuasanya. FOTO Aizat Sharif
Aizat

Padang Besar: Sebanyak 2,800 liter petrol dan diesel bernilai RM5,500 dirampas oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis selepas mereka menyerbu dua rumah yang dijadikan stor penyimpanan bahan api itu di Kampung Melayu Padang Besar pagi tadi.

Ketua Penguatkuasanya Jamal Nor Ahmad Haron berkata, operasi dijalankan pada 7.30 pagi selepas pihaknya melakukan risikan selama dua minggu berhubung kegiatan penyimpanan bahan api tanpa kebenaran di kedua-dua rumah berkenaan.

“Operasi pertama di rumah tidak bernombor berjaya menahan lelaki 30-an yang bertindak sebagai penjaga rumah berkenaan dan berjaya menemui 1,700 liter bekalan petrol yang disimpan dalam tangki plastik serta tong dram di belakang rumah.

“Rumah ini sudah sebulan dijadikan tempat penyimpanan petrol dan dipercayai dibeli dari stesen minyak di sekitar Padang Besar. Petrol itu akan dijual di Thailand,”€ katanya.

Menurutnya, turut dirampas dalam operasi itu adalah satu set jentera penyedut minyak.

“Operasi kedua pula dibuat di rumah tanpa penghuni di seberang jalan rumah yang pertama di mana sebanyak 1,100 liter diesel bernilai RM2,500 dirampas.

“Bagaimanapun, ketika operasi dijalankan, tiada sesiapa di rumah kedua itu,”€ katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1juta dan boleh dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 3:30 PM