DIOUF (terbaring) selepas diterjah Vardy (dua dari kanan). FOTO Reuters
DIOUF (terbaring) selepas diterjah Vardy (dua dari kanan). FOTO Reuters
AFP

London: Penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City menerima tamparan semalam apabila penyerang England, Jamie Vardy dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris kerana dibuang padang ketika menentang Stoke City.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang kembali menemui sentuhan jaringannya dengan hatrik menentang Manchester City 11 hari lalu untuk menamatkan kemarau gol selama tiga bulan, akan terlepas aksi menentang Everton, West Ham dan Middlesbrough.

FA menolak rayuan kelab itu yang menyatakan dia tidak sepatutnya dibuang padang ketika Vardy hilang keseimbangan badan selepas dikasari Glen Johnson sebelum dia sendiri menerjah penyerang Stoke, Mame Diouf pada minit ke-28.

Pengadil Craig Pawson tidak teragak-agak melayangkannya kad merah kerana terjahan dengan kedua-dua kakinya.

Ia kali ketiga Vardy dibuang padang sepanjang kariernya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2016 @ 8:09 AM