GUARDIOLA (dua dari kanan). FOTO Reuters
GUARDIOLA (dua dari kanan). FOTO Reuters
AFP

Sunderland, England: Pep Guardiola memberitahu skuad Manchester City mereka kini melangkah ke zon ‘mesti menang’ dalam misi serampang tiga memburu kejuaraan musim ini.

Penjaring terbanyak City Sergio Aguero meledak gol ke-23 musim ini dan jaringan ketiga daripada pemain tengah Jerman Leroy Sane memberikan kemenangan selesa 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Sunderland kelmarin untuk skuad Guardiola kembali merampas tangga ketiga dan lapan mata di belakang pendahulu Chelsea.

Kemenangan ke atas Stoke City di laman sendiri Khamis ini akan membawa Manchester City ke tangga kedua di atas Tottenham Hotspur yang menjanjikan dua bulan terakhir yang penuh tekanan musim ini.

Pada masa sama anak buah Guardiola masih berada dalam saingan Liga Juara-Juara yang mana mereka menang 5-3 ke atas Monaco dalam perlawanan pertama selain aksi suku akhir Piala FA menentang Middlesbrough.

Bekas juara Liga Perdana Inggeris itu mencatat prestasi terbaik pada masa yang tepat dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan terakhir menaikkan semangat mereka mengakhiri kempen ini dengan satu lagi trofi sebagai koleksi di Stadum Etihad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 8:04 AM