GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Junaidi Ladjana


Lahad Datu: Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Kampung Sabah Baru Peringkat 1, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Ainajil Sambutuk, 30-an, sehingga kini belum ditemui.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.47 petang tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerah ke lokasi kejadian.

"Maklumat awal mendapati mangsa dipercayai dibaham buaya ketika memancing di sungai berkenaan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum ditangguhkan pada 6.37 petang tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR akan disambung esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 8:11 PM