Mayat pemancing yang dipercayai dibaham buaya dibawa ke Hospital Lahad Datu. FOTO Ainul Durmahyanti Durming
Mayat pemancing yang dipercayai dibaham buaya dibawa ke Hospital Lahad Datu. FOTO Ainul Durmahyanti Durming
Ainul Durmahyanti Durming


Lahad Datu: Pemancing yang hilang pada Ahad lalu, ditemui mati dipercayai akibat dibaham buaya di Sungai Kampung Sabah Baru Peringkat tengah hari tadi.

Pada kejadian jam 12.04 tengah hari, mangsa, Ainajil Sambutuk, 30-an, ditemui oleh pasukan penyelamat di kawasan bakau sungai berkenaan.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan sebahagian badannya sudah mereput dan tanpa beberapa anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Lahad Datu.

"Sehubungan itu, operasi mencari yang turut disertai polis dan bomba ditamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2016 @ 3:17 PM