GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Lahad Datu: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi laut bersama beberapa rakan di Kampung Sinakut Felda Sahabat 16, di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku pada 7.18 malam dan sehingga kini mangsa belum ditemui pasukan penyelamat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, lokasi kejadian terletak 100 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu.

"Menurut pemanggil terdapat seorang mangsa hilang di laut ketika mandi dan rakannya mengatakan mangsa dipercayai dibaham buaya.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan bagaimanapun mangsa belum ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, maklumat terkini berhubung kejadian itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 10:48 PM