MOHD Nadzri (dua dari kanan) melawat rumah Jamaliah selepas diroboh gajah liar, malam kelmarin.
MOHD Nadzri (dua dari kanan) melawat rumah Jamaliah selepas diroboh gajah liar, malam kelmarin.
Safuri Kamarudin


Baling: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) memasang unggun api dan menembak ke arah hutan bagi menghalau kumpulan gajah liar yang menceroboh ke kawasan Kampung Bukit Hijau, Kupang dan merosakkan rumah penduduk dan tanaman.

Tindakan itu melegakan 20 keluarga yang tinggal berdekatan kawasan hutan di kampung terbabit yang cemas apabila sepasang gajah liar dan anaknya merosakkan bahagian dapur seorang penduduk, kelmarin.

Pegawai PERHILITAN Baling Mohd Nadzri Maruddin berkata, langkah itu dilakukan oleh anggotanya malam kelmarin bagi menghalau haiwan liar itu ke habitat asalnya.

Menurutnya, pemantauan dibuat dari semasa ke semasa di kawasan kampung ini bagi memastikan gajah itu tidak mengganggu penduduk dan merosakkan tanaman yang diusahakan.

“Malam tadi (kelmarin) kami menembak ke hutan berdekatan bagi menghalau gajah itu supaya beredar ke habitatnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2016 @ 9:43 AM