Muhammad Khalis Amali Mohd Senu, 19, iaitu anak sulung Allahyarham  Superintendan Mohd Senu Mohd Nor ditenangkan ahli keluarga. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Muhammad Khalis Amali Mohd Senu, 19, iaitu anak sulung Allahyarham Superintendan Mohd Senu Mohd Nor ditenangkan ahli keluarga. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, meninggal dunia selepas rebah ketika berehat bermain badminton, di Dewan IPK di Bukit Beruang, di sini.

Allahyarham Superintendan Mohd Senu Mohd Nor meninggal dunia di Hospital Melaka, pada 7.58 petang, 13 Disember.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 49 tahun melakukan regangan menyejukkan badan (warm-down) selepas bermain badminton.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Katanya, Allahyarham berkhidmat sebagai polis sejak 1988.

"Jenazah akan dibawa ke Kampung Seribong, Pasir Tumboh, Kelantan, atas permintaan keluarga arwah,” kata Ramli ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 2:13 AM