Ketua Polis negeri Datuk Abdul Jalil Hassan. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Jalil Hassan. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Mohd Hilmie Hussin


POLIS yakin Melaka bebas daripada sebarang pengaruh Ketua Militan Malaysia berpangkalan di Syria, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 27, yang terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria, 29 April lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pemantauan dan risikan tetap dilakukan secara berterusan bagi memastikan unsur subversif dapat dikekang.

“Tiada lagi aktiviti mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan Wanndy mahupun kumpulannya. Setakat ini, kita yakin sudah tiada," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, Melaka, hari ini.

Beliau berkata, aktiviti IS, Daesh mahupun subversif lain amat kurang di Melaka namun pihaknya akan melakukan pemantauan ketat selain bekerjasama dengan masyarakat yang menjadi ‘mata dan telinga’ polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengesahkan Muhammad Wanndy terbunuh dalam serangan dron di Raqqa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 4:24 PM