ANGGOTA bomba melakukan kerja menyelamat dan mencari mangsa dipercayai berada bawah runtuhan di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height. FOTO Ghazali Kori
ANGGOTA bomba melakukan kerja menyelamat dan mencari mangsa dipercayai berada bawah runtuhan di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height. FOTO Ghazali Kori
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Subang Jaya: Dua pekerja warga Bangladesh terbunuh selepas terperangkap bawah runtuhan di kawasan pembinaan rel Aliran Transit Ringan (LRT) di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.20 petang itu, lapan pekerja sedang menjalankan kerja pembinaan lantai sebelum lantai berkenaan runtuh.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba Mohd Sani Harul, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.29 petang.

“Kami difahamkan, lapan pekerja sedang menjalankan kerja membina lantai konkrit sebelum ia runtuh. Dua terselamat manakala empat cedera," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang terperangkap sudah ditemui dengan seorang daripadanya dijumpai pada kira-kira 1.05 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 10:45 PM