FOTO Faiz Anuar dan Bomba
FOTO Faiz Anuar dan Bomba
Na'imah Mohamed

Pelabuhan Klang: Empat pekerja warga asing nyaris maut apabila sebahagian rumah kedai dalam pembinaan runtuh dalam kejadian di Telok Gong, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, dua daripada empat lelaki warga Bangladesh terbabit dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.07 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang ke tempat kejadian.

"Berdasarkan siasatan awal, empat pekerja terbabit sedang membuat kerja pemasangan konkrit lantai di bahagian belakang rumah kedai dua tingkat berkenaan apabila ia tiba-tiba runtuh.

"Semua pekerja berkenaan berusia lingkungan 30-an dan seorang daripadanya yang dibawa ke HTAR mengalami patah tangan manakala

seorang lagi hanya cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 8:34 PM