DALAM proses hasil album sulung.
DALAM proses hasil album sulung.

“Saya masih anggota De Fam,” kata Azira Shafinaz mengenai dakwaan mengatakan dia kini lebih aktif sebagai pelakon berbanding penyanyi.

Anggota De Fam berusia 25 tahun ini makin dikenali sebagai pelakon selepas memegang watak utama dalam drama Married Tapi Benci yang ditayangkan di TV3.

Sehubungan itu, timbul persoalan apa sudah jadi dengan kerjaya nyanyiannya. Pada masa sama, De Fam yang turut dianggotai Sofea dan Cik Manggis dan popular dengan lagu #Supergirls pula jarang dilihat dalam mana-mana persembahan di TV.

Kali terakhir mereka muncul sebagai pengacara program Dangdut Star, beberapa bulan lalu.

“De Fam masih lagi aktif dan kami akan keluar dengan single ketiga tidak lama lagi. Lagu itu sudah siap dirakam dan ia bakal dilancarkan bulan depan atau November.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 5:00 AM