MAWAR tak malu mengaku masih banyak kekurangan dari segi lakonan.
MAWAR tak malu mengaku masih banyak kekurangan dari segi lakonan.
Sudirman Mohd Tahir


Bakat lakonannya mula dikesan selepas membintangi drama Tundukkan Playboy Itu yang ditayangkan menerusi slot Akasia beberapa bulan lalu.

Walaupun melakonkan watak antagonis, penampilan Mawar Rashid, 21, mendapat respons positif dalam kalangan peminat dan penggiat industri.

Masakan tidak, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid terus mendapat kepercayaan TV3 dengan menawarkannya watak utama dalam drama bersiri Suami Paling Sweet yang bakal ditayangkan awal tahun depan menerusi slot Akasia.

Menyedari masih terlalu awal untuk dia menggalas tanggungjawab sebagai pelakon utama, Mawar mengakui mutu lakonannya dalam drama itu banyak kekurangan.

Disebabkan itu, Mawar yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 sudah bersedia menerima segala kritikan dan maklum balas daripada penonton.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 5:13 AM