POLIS mengangkat mayat lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah premis bangunan persendirian. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
POLIS mengangkat mayat lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah premis bangunan persendirian. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Mayat lelaki warga emas ditemukan dengan kesan kecederaan pada leher di sebuah premis bangunan persendirian di Bercham di sini, hari ini.

Mayat Yep Nam Meng, 81, yang juga pekerja pembersihan di situ, ditemukan berdekatan pintu koridor di tingkat bawah tanah premis bangunan lapan tingkat terbabit.

Difahamkan, warga emas itu yang juga bapa kepada dua anak, bekerja dan mendiami kawasan bangunan berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Kelibat mangsa sempat dirakam dan terpapar pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan itu ketika berada berdekatan dobi di bangunan itu, pagi tadi.

Polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat, sekitar 7.20 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu dan berkata, tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 11:42 PM