MAWAR mengaku hidupnya bertambah ceria sejak mengenali Raf.
MAWAR mengaku hidupnya bertambah ceria sejak mengenali Raf.
Sudirman Mohd Tahir


Kehadiran jejaka bernama Raden Ahmad Faizal Yaacob atau lebih dikenali sebagai Raf dalam hidup pelakon cantik Mawar Rashid sejak tiga bulan lalu menimbulkan persoalan banyak pihak.

Sejak kali pertama Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, memuat naik gambar bersama jejaka itu, timbul dakwaan pasangan ini hangat bercinta.

Enggan membiarkan perkara itu terus menjadi teka-teki, Mawar yang kini membintangi drama Suamiku Paling Sweet di slot Akasia TV3 mengakui mereka dalam fasa mengenali hati budi.

Menurut Mawar, kejujuran penting terutama membabitkan soal hati dan perasaan. Oleh itu, apabila kisahnya dan adik kepada Datuk Fazley Yaacob itu mula mendapat perhatian ramai, dia selesa berterus terang.

“Saya berkongsi perkara ini kerana ia berita gembira. Lagipun, tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 5:37 AM