Sudirman Mohd Tahir


Disebabkan tidak dapat menjawab soalan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pelakon Mawar Rashid, 21, yang ketika itu bergelar peserta Dewi Remaja 2014/2015 dihentam teruk pengguna laman sosial.

Berikutan itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid digelar ‘bimbo’ yang membawa maksud ‘cantik tetapi bodoh’.

Mengakui terkesan dengan hinaan dan cacian dilemparkan, Mawar kini bangkit dan enggan lagi menoleh ke belakang.

Dia tidak mahu lagi me­ngungkit kisah yang berlaku kira-kira setahun lalu itu kerana apa yang berlaku diang­gap pengajaran untuknya.

“Saya tidak bodoh seperti diperkatakan banyak pihak. Malah ada beranggapan saya gadis tidak berilmu. Hanya disebabkan salah jawab, saya terus dihukum begitu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 5:40 AM