Siapakah empat muka baru yang dikatakan mampu mengambil alih tempat Glen Johnson sebagai bek kanan England?

Sejak kebelakangan ini, ramai pemain skuad England menerima kritikan dan Johnson tidak terkecuali yang dianggap bukan pemain berkelas dunia.

Kegagalan pemain bek kanan terbabit di bahagian serangan sentiasa menghampakan skuad terbabit. Bagaimanapun, kecederaan melanda pemain pertahanan Liverpool memberikan peluang kepada Three Lions mencuba beberapa pemain baru untuk mengisi posisi pemain berusia 30 tahun itu.

Kyle Walker, 24 (Tottenham)

Walker sebelum ini diang­gap pengganti semula jadi Johnson di bahagian bek kanan. Dia setanding de­ngan pemain Liverpool terbabit dan pemain pertahanan Spurs itu menyerlah menerusi susuk fizikalnya. Bukan saja tinggi serta kuat malah pantas dan bertenaga.

Dia kerap melakukan serangan menggunakan tenaga dimiliki dan ketahanan diri berbanding kualiti teknikal.

Mungkin sedikit membimbangkan adalah kemampuan bertahan dimiliki oleh Walker. Seperti Johnson, dia melakukan terlalu banyak kesilapan posisi yang tidak boleh dimaafkan dan lebih baik sekiranya mampu mengawal bola.

Mungkin disebabkan masih muda, Walker berkemungkinan kehilangan peluang untuk menyerlah pada peringkat antarabangsa sekalipun cemerlang dalam musim pertama di Spurs, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA dan dipilih sebagai pemain bek kanan terbaik Liga Perdana 2011/12.

Sejak terlepas beraksi pada Euro 2012 akibat kecederaan, dia belum mampu mengembalikan semula prestasi terbaik.

Dia terlepas beraksi Piala Dunia 2014 akibat kecederaan dan diketepikan. Mampukah dia me­ngembalikan semula prestasinya?

John Stones, 20 (Everton)

Stones dikatakan mempunyai masa depan cerah bersama England. Prestasi dipamer cukup membuat­kan Roy Hodgson berasa kagum terhadap pemain muda terbabit sebagai pemain simpanan skuad Piala Dunia England dan ketika Phil Jones kembali pulih tepat pada masanya untuk kejohanan itu, Stones pulang lebih awal berbanding rakan sepasukan England lain dan boleh diturunkan lebih kerap pada masa depan.

Stones seperti Jones dan Smalling, sering diturun sebagai bek kanan walaupun berada di bahagian tengah.

Bagaimanapun, Stones tidak memiliki keupayaan melakukan serangan secara dinamik diperlukan oleh pemain pertahanan dan masa depannya adalah posisi bek tengah. Dia beraksi cemerlang pada perlawanan derby Merseyside di Anfield, menyelamatkan beberapa keadaan cemas pada saat akhir.

Dia diketepikan akibat kecederaan, berharap mendapat peluang mengisi posisi tengah pada masa depan.

Nathaniel Clyne, 23 (Southampton)

Sejak mendapat panggilan pertama mewakili England selepas beraksi mantap selama beberapa musim bersama Southampton, Clyne seorang pemain berbeza

berbanding Stones, Chambers dan pemain muda Spurs yang masih belum mendapat cap, Eric Dier posisinya tidak diubah sebagai pemain bek te­ngah tetapi pemain bek kanan semula jadi.

Sekalipun memiliki fizikal lebih kecil berbanding lawannya dengan ketinggian 5 kaki 9 inci dalam posisi itu, Clyne kelihatan beraksi semula jadi sebagai pemain bek. Dia pemain lincah memiliki pecutan bagus, memiliki kemahiran dan mengawal ketat pemain lawan dan cepat cuba memenangi bola semula.

Dia juga cemerlang apabila bergerak ke bahagian depan dan membentuk persefahaman baik dengan pemain sayap kanan pasukan dan kerap membuat larian sebelum membuat hantaran lintang tetapi mampu mengawal posisi dengan baik di bahagian tengah sementara rakan sepasukannya meneruskan larian di tepi garisan padang.

Dia juga mampu membuat hantaran tepat dan benar-benar boleh diharapkan. Persoalan sekarang adalah kualiti sebenar dimiliki Clyne yang masih belum diuji pada peringkat tertinggi terutamanya beraksi dalam skuad yang sentiasa dipantau.

Calum Chambers, 19 (Arsenal)

Biarpun baru setengah musim menimba pengalaman dalam Liga Perdana, Chambers bergelar pemain antarabangsa England dan bernilai £16 juta (RM80 juta) berikutan perpindahannya daripada Southampton ke Arsenal. Seorang pemain memiliki keyakinan, pemain serba boleh tetapi persoalan timbul mengenai posisi terbaiknya.

Di bahagian bek kanan, dia lebih banyak melakukan terjahan dan membentes pemain lawan yang dipamer ketika menentang Chelsea, minggu lalu.

Ketika posisi masa depan Stones mudah diramalkan, Chambers masih belum tahu peranan terbaiknya sekarang walaupun dia sekali lagi berkemungkinan mampu menjadi pemain tengah.

"Sebagai pemain bek tengah, saya berasa lebih yakin berbanding bek kanan," kata Chambers. "Saya merasakan seperti membaca perlawanan lebih baik, saya berasa lebih yakin terhadap diri saya. Bek kanan lebih mendesak fizikal kerana anda perlu turun dan naik padang lebih kerap.

"Saya ada memikirkan posisi terbaik saya sejak 10 tahun lalu!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:01 AM