MOHD Jasmani Yusoff. FOTO arkib NSTP
MOHD Jasmani Yusoff. FOTO arkib NSTP
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 13 pegawai kanan polis berkuat kuasa 22 Disember depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Urusetia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mazupi Abdul Rahman yang ditukarkan ke jawatan Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ketua Pengarah Pengurusan (Bahagian Urusetia /Hal Ehwal Pesara Polis) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Jasmani Yusoff bakal menjadi Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran jabatan yang sama.

“Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Datuk Yong Lei Choo pula ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Rekod Personel) Cawangan Rekod Personel, Bahagian Perkhidmatan /Penjawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, pemegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Rekod Personel) Cawangan Rekod Personel, Bahagian Perkhidmatan /Penjawatan sekarang, Senior Asisten Komisioner K Kumaran sekarang pula bakal menjadi Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 5:32 PM