FOTO Arkib NSTP
FOTO Arkib NSTP
Nor Azizah Mokhtar


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) semalam, mengumumkan 20 pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa pada 14 Mei depan.

Mendahului senarai pertukaran adalah Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Hashim Ali akan bertukar jawatan ke Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Kekosongan jawatan beliau diisi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, turut bertukar adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman bertukar ke jawatan Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Jawatan Salehhudin diambil alih oleh Asisten Komisioner Polis (ACP) Jauteh Dikun yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Siasatan/Perundangan Sabah dengan memangku pangkat SAC.

"Timbalan Ketua JSJ, Siasatan/Perundangan Sarawak, ACP Denis Leong Soon Kuai dinaikkan pangkat kepada Ketua JSJ Sarawak dengan memangku pangkat SAC.

"Timbalan Ketua Cawangan Khas II Pahang, ACP Ibrahim Saad pula ditukarkan kepada Ketua Cawangan Agensi Penguatkuasaan (Bahagian Perisikan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dengan memangku pangkat SAC," katanya.

Kata Asmawati lagi, ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah, ACP Zabidi Md Zain bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JSJ, Siasatan Perundangan Sabah dan jawatan lamanya akan diambil alih ACP Abd Radzak Abd Ghani yang kini memegang jawatan Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah.

"Turut ditukarkan, Pengarah Keselamatan (Gred KP52) Universiti Putra Malaysia, ACP Md Zamri Mat Zanu pula ditukarkan kepada Timbalan Ketua Polis Perlis.

"Superintendan Perkhidmatan (Rekod Personel) Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Low Kim Piew ditukarkan kepada ACP Task Force Modern Policing, Bahagian Dasar Sumber Manusia di jabatan sama dengan memangku pangkat ACP," tambahnya.

Katanya, pertukaran lain membabitkan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji ke jawatan Penolong Pengarah JIPS (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

"Pegawai Turus Pematuhan (Zon A) JIPS Bukit Aman, Superintendan Thaipul Bahri Mokhtar ditukarkan ke Penolong Pengarah JIPS (Tadbir Urus/Kepolisan Am) Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

"Superintendan Inspektorat Helikopter, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Superintendan Mohd Shukor Abdul Razak ditukarkan ke Ketua Inspektorat PGU di jabatan sama dengan memangku pangkat ACP," kata Asmawati.

Sementara itu, Superintendan Keselamatan Penerbangan, PGU Jabatan KDNKA Bukit Aman, Superintendan Alias Wahab ditukarkan ke jawatan Komander PGU Jabatan KDNKA Pangkalan Sarawak, juga dengan memangku pangkat ACP.

Menurut Asmawati, Ketua Polis Daerah Tapah, Perak Superintendan Som Sak Din Keliaw bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.

Tempat Som Sak akan diambil alih Deputi Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Muda, Kedah dengan memangku pangkat Superintendan.

Pertukaran lain turut membabitkan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ismadi Borhan yang bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Serdang, Selangor dengan memangku pangkat ACP.

"Superintendan Polis Bantuan/Agensi Pengawal Keselamatan, Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan, JPJKK Bukit Aman, Superintendan Mohd Shukri Ismail bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Johor dengan memangku pangkat ACP.

Timbalan Komander (Kepolisan Am), Unit Tindakhas Pasukan Gerakan Khas Jabatan KDNKA Bukit Aman, Superintendan M N M V Srikumar akan bertukar jawatan ke Timbalan Komander (Operasi) Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan KDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP," kata Asmawati.

Menurutnya, pertukaran terakhir membabitkan Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Superintendan Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang tukarkan ke jawatan Ketua Jabatan KDNKA Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 12:32 AM