JASMANI
JASMANI
YONG
YONG
RASDI
RASDI
Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 13 pegawai kanan polis berkuat kuasa 22 Disember depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu membabitkan Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Urusetia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mazupi Abdul Rahman yang ditukarkan ke jawatan Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ketua Pengarah Pengurusan (Bahagian Urusetia /Hal Ehwal Pesara Polis) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Jasmani Yusoff bakal menjadi Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran jabatan yang sama.

“Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Datuk Yong Lei Choo pula ditukarkan ke Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Rekod Personel) Cawangan Rekod Personel, Bahagian Perkhidmatan/ Penjawatan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Asmawati berkata, pemegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Rekod Personel) Cawangan Rekod Personel, Bahagian Perkhidmatan /Penjawatan sekarang, Senior Asisten Komisioner K Kumaran kini pula bakal menjadi Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Katanya, Pegawai Turus Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Urusetia KPN Bukit Aman, Asisten Komisioner Rasdi Ramli ditukar menjadi Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Bahagian Urusetia /Hal Ehwal Pesara Polis) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Menurutnya, Asisten Komisioner Abd Wahid Abd Ghafar yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Cawangan Khas kontinjen yang sama dengan memangku pangkat SAC.

Sementara itu, Pegawai Turus E2A, Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Hanapi Mohd Sani ditukar menjadi Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang manakala jawatannya diganti oleh Asisten Komisioner Shazeli Kahar.

Katanya, Shazeli yang memegang jawatan sebagai Asisten Komisioner Risikan Special Task Force on Organise Crime (STFOC) Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Urusetia KPN Bukit Aman akan diganti oleh Superintendan Lim Meng Seah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Asisten Komisioner Mazlan Santarai dinaikkan pangkat menjadi Ketua Cawangan Khas kontinjen yang sama dengan memangku pangkat SAC.

“Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain pula ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah sebagai Asisten Komisioner Pentadbiran.

“Jawatannya digantikan Superintendan Mohd Azhar yang kini timbalan Zabidi dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP),” katanya.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Mohd Hairuddin Che Hamid ditukarkan ke kontinjen Perak dengan jawatan yang sama namun memangku pangkat ACP.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 8:48 AM