Rusdi (tengah) menyaksikan Mohamad Lazim (kanan) menerima tongkat kuasa daripada  Ashari pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju. FOTO Farhan Razak
Rusdi (tengah) menyaksikan Mohamad Lazim (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Ashari pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju. FOTO Farhan Razak
Hakimi Suria Kencana


Kuala Lumpur: Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohammad Lazim sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Beliau menggantikan Superintendan Ashari Abu Samah yang ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di Melaka sebagai Ketua Polis Daerah di sana selepas berkhidmat di Kontinjen Kuala Lumpur sejak Mac 2021.

Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu upacara di IPD Wangsa Maju, di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 12:58 AM