Anggota trafik bertugas seperti biasa manakala sebahagian penyokong Bersih dan penyokong Baju Merah berdemonstrasi di simpang empat Kajang-Dengkil. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Anggota trafik bertugas seperti biasa manakala sebahagian penyokong Bersih dan penyokong Baju Merah berdemonstrasi di simpang empat Kajang-Dengkil. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Nursyahirah Marzuki


Sepang: Konvoi Bersih 5.0 Pakatan Harapan Daerah Sepang yang diadakan di simpang empat Kajang-Dengkil dekat sini hambar apabila tidak mendapat sambutan orang ramai yang berada di lokasi berkenaan.

Aktiviti itu dibahagikan kepada dua tempat iaitu di Pekan Sungai Pelek dan Persimpangan Dengkil-Kajang namun kedua-duanya tidak menerima sambutan.

Perhimpunan di Sungai Pelek bermula jam 5.30 petang membabitkan 20 penyokong namun

berakhir setengah jam kemudian, manakala di Persimpangan Kajang-Dengkil disertai 40 penyokong

bermula jam 6 petang dan berakhir kurang dari satu jam.

Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa penyokong baju merah yang berada di kawasan persimpangan terbabit membawa kain rentang mengutuk perhimpunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, konvoi yang diadakan itu tidak mendapat kebenaran dari pihaknya.

"Bagaimanapun, kita bersiap sedia dengan menempatkan kira-kira 30 pegawai dan anggota bagi mengelak sebarang kejadian berlaku ketika aktiviti itu dijalankan.

"Selagi aktiviti itu tidak menghalang lalulintas, menggangu kententeraman awam dan tiada pergaduhan berlaku, kita tidak mengambil sebarang tindakan kepada mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 8:28 PM