Shaqiri membuat sepakan penalti tetapi diselamatkan penjaga gol Swansea City, Lukasz Fabianski. FOTO Reuters
Shaqiri membuat sepakan penalti tetapi diselamatkan penjaga gol Swansea City, Lukasz Fabianski. FOTO Reuters
Reuters

LONDON: Swansea City tersingkir daripada Liga Perdana selepas tujuh musim apabila tewas perlawanan terakhir 2-1 di tangan Stoke City, yang sudah lebih awal tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Kelab dari Wales itu memerlukan 10 gol untuk menyingkirkan Southampton namun mengejutkan mereka tidak melakukannya dengan serius.

Mereka bagaimanapun mendahului menerusi pemain tengah Andy King yang memberi peluang optimis dengan sorakan “kami mahu 10” oleh penyokong mereka.

Berakhir babak pertama, Swansea yang melalui perlawanan di tempat lawan tanpa kemenangan dalam 13 perlawanan, ketinggalan menerusi jaringan pemain Senegal, Badou Ndiaye dan kemudian Peter Crouch. 

Xherdan Shaqiri juga terlepas peluang jaringan menerusi penalti.

Pengurus Swansea dari Portugal, Carlos Carvalhal kini dijangka akan meninggalkan kelab itu, lima bulan selepas tiba di kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mei 2018 @ 12:41 AM