KERJA memindah batu untuk membaik pulih ban sedang giat dilakukan.
KERJA memindah batu untuk membaik pulih ban sedang giat dilakukan.
Ayusliza Azizan


Kapar: Penduduk yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di daerah ini boleh menarik nafas lega apabila kerja membaik pulih ban di Sungai Keramat Batu 4, di sini, dijangka selesai bulan ini.

Ban yang sebelum ini dianggarkan sudah enam kali pecah bulan lalu dibaik pulih menggunakan besi dan masih kukuh walaupun air pasang besar melanda sejak 14 November lalu pada ketinggian ombak 5.6 meter.

Pekerja baik pulih ban, Azizuddin Sibadar, 33, berkata, kerja baik pulih bermula sejak 16 Oktober lalu hingga hari ini selepas gelombang kedua fenomena air pasang besar melanda bulan lalu.

Menurutnya, kerja baik pulih dilakukan setiap hari, siang dan malam bagi memastikan ban benar-benar kukuh kerana apabila pecah ia boleh mengakibatkan banjir.

“Selain itu, kerja menambak tanah juga giat dijalankan bagi mengelak air laut melimpah keluar ketika air pasang besar,” katanya, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 7:44 AM