PENYERANG Serbia Aleksandar Mitrovic menanduk masuk gol penyamaan pasukan.
PENYERANG Serbia Aleksandar Mitrovic menanduk masuk gol penyamaan pasukan.
AFP

Paris: Gawang Wales bolos pada saat akhir apabila Serbia bermati-matian untuk memburu gol penyamaan 1-1 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia ketika bekas juara Itali dan Sepanyol masing-masing menang 4-0.

Gareth Bale meletakkan Wales di depan pada minit ke-30 di Cardiff selepas Hal Robson-Kanu berjaya merampas bola daripada Matija Nastasic dan melorongkannya kepada penyerang Real Madrid itu yang meledak pantas untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Namun, Aleksander Mitrovic memberi reaksi pantas ketika dikerumuni empat pemain berjersi merah apabila menyempurnakan hantaran silang Antonio Rukavina untuk memberi gol penyamaan kepada pelawat pada babak akhir perlawanan.

Beberapa ketika sebelum Serbia menyamakan kedudukan, percubaan Bale terkena tiang.

Jurulatih Wales Chris Coleman tidak menunjukkan rasa kecewa dan masih menaruh harapan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 6:25 AM