Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melihat demonstrasi membuat anyaman tikar tradisional selepas merasmikan Simposium dan Ekspo Warisan Budaya Iban 2024, hari ini. FOTO BERNAMA
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melihat demonstrasi membuat anyaman tikar tradisional selepas merasmikan Simposium dan Ekspo Warisan Budaya Iban 2024, hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuching: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara tersebut akan diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tunggu pengumuman oleh Perdana Menteri. Saya juga sedang menunggu… tentu sekali anak Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Budaya Iban di sini, hari ini.

Kerusi Yang Dipertua Dewan Negara kini masih kosong, berikutan kematian Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei.

Mutang, 70 tahun, adalah Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 9:36 PM