ROBSON-Kanu (kanan) bersama Neil Taylor membawa anak masuk ke padang selepas menewaskan Belgium.
ROBSON-Kanu (kanan) bersama Neil Taylor membawa anak masuk ke padang selepas menewaskan Belgium.

Paris: Wales didakwa oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana membenarkan pemain membawa anak-anak mereka masuk ke padang untuk meraikan pencapaian hebat hingga layak ke separuh akhir Euro 2016.

Selepas kemenangan pada pusingan kalah mati menentang Ireland Utara dan Belgium, kebanyakan pemain Wales termasuk Gareth Bale dan Hal Robson-Kanu meraikan bersama ahli keluarga di hadapan penyokong mereka.

Namun, pegawai UEFA menyuarakan keresahan dengan tindakan pemain itu menjelang perlawanan separuh akhir menentang Portugal dan kini Wales FA didakwa oleh penganjur Euro 2016.

Difahamkan, kes itu didengar dan diputuskan di Perancis Khamis lalu dan Wales sudah diberi amaran terhadap tindakan mereka bagi perlawanan akan datang.

Pengerusi Eksekutif Amanah Persatuan Bolasepak Wales (FAW) Neil Ward berkata, mereka sangat kecewa dengan keputusan itu.

“Saya rasa kami amat faham dengan isu keselamatan sepanjang perlawanan.

“Malah, FAW sudah didakwa oleh UEFA berkenaan hal ini, tapi ini mengenai generasi masa depan,” tegasnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 12:03 PM