DOKU berterima kasih kepada Guardiola. FOTO AFP
DOKU berterima kasih kepada Guardiola. FOTO AFP
Reuters

Freiburg: Pemain Belgium, Jeremy Doku memuji pengurus Manchester City, Pep Guardiola kerana membantu meningkatkan permainannya tetapi berkata, dia tidak mendengar khabar semasa daripada pengurus itu sepanjang Euro.

Doku, 22, adalah salah seorang bintang yang muncul di Belgium, dan baru melepasi musim pertamanya dengan jaya di Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana dia memenangi gelaran bersama City.

"Terima kasih kepada City, saya lebih tahu mengenai bola sepak. Saya kini bermain dengan pemain yang lebih baik, bermain menentang pasukan yang lebih baik dan itu mengubah saya. Saya belajar banyak daripada detik yang baik dan juga saat sukar," katanya pada sidang media pada Isnin.

"Pep sangat tegas, beliau mempunyai semangat yang tinggi. Beliau seorang mementingkan kesempurnaan dan apabila anda bermain di City, anda juga menjadi seorang yang sempurna. Saya mempunyai banyak saat apabila saya fikir saya melakukannya dengan baik dan kemudian beliau datang dan berkata kepada saya 'anda boleh melakukan ini atau itu secara berbeza'. Saya belajar banyak daripadanya.

"Tetapi beliau tahu saya jenis pemain yang macam mana. Beliau memilih saya kerana kualiti saya. Bukan untuk mengubah saya. Beliau mempercayai saya untuk membuat keputusan yang betul."

Doku berkata, bagaimanapun, dia tidak berhubung dengan pengurus kelabnya semasa di Jerman untuk Euro 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 8:23 PM