FOTO hiasan
FOTO hiasan
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Seorang pegawai polis parah pada, bahu dan rusuk kiri selain dipercayai tercedera di paru-paru selepas dilibas dengan sebilah sabit oleh lelaki kurang siuman dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Pasir Raja, Kota Tinggi, kira kira 7 petang semalam.

Menurut sumber, Sarjan Mejar Yusof Ahmad bertugas sebagai Ketua Balai Polis Bukit Besar, Kota Tinggi, sebelum itu ke rumah suspek, selepas mendapat aduan mengenai suspek yang dikatakan sakit mental di kampung berkenaan.

"Mangsa bersama lima anggota polis dan dua kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Besar ke rumah suspek untuk memujuk seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman dengan panggilan Sudin.

"Tiba-tiba Sudin meluru keluar dari bilik dan mengejar mangsa dan anggota dengan melibas menggunakan senjata tajam dipercayai sabit lalu terkena kepada pegawai berkenaan.

"Kemudian, Sudin masuk semula ke dalam bilik dan anggota membawa mangsa yang tercedera ke Hospital Kulai," katanya yang enggan dipetik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman mengesahkan kejadian dan akan membuat kenyataan susulan kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 9:55 AM